"Bro Jawab, macamana nak jaga hati?"
Bro Jawab memandang Bro yang bertanya. Pelik juga kenapa tiba-tiba ditanya sebegitu.
" Maksud kau jaga hati macamana? Daripada sakit hati ke, dengki ke suka kat Muslimat?"
Bro yang bertanya sengih-sengih membuatkan Bro yang menjawab boleh mengagak maksud jaga hati di situ.
" Oke, aku faham, senang je nak jaga hati, kau tundukkan pandangan kau daripada melihat muslimat, kerana disebabkan mata ramai yang kecundang. Dari mata, jatuh ke hati."
Bro yang bertanya, tanya lagi.
" Kalau tak boleh tunduk macamana?"
Bro yang menjawab pun menjawab:
" Kau menoleh tempat lain kalau nampak muslimat."
Bro yang bertanya, tanya lagi.
" Kalau tak boleh menoleh?"
Bro yang menjawab pun menjawab lagi:
" Kau cari buku, baca buku nescaya kau takkan pandangan perempuan."
Bro yang bertanya tanya lagi.
" Aku tak minat buku. Macamana nak jaga mata?"
Bro yang menjawab pun menjawab lagi.
" Kau korek mata kau, ataupun cucuk dengan garpu, atau kau patahkan tengkuk kau. Biar jadi lembik, nescaya kau akan menjaga mata kau selama-lamanya."

No comments:
Post a Comment
best?... mind to comment?