Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ini Mat ingin bercerita mengenai salah satu keajaiban yang Allah cipta di atas muka Bumi dan telahpun diterangkan di dalam Al-Quran.
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya” Surah Al-Furqan ayat 51.
Cuba anda lihat di bawah ini, ternyata benarlah ayat di dalam Al-Quran, Air sungai dan Air Laut tidak bercampur dan anda boleh melihatnya dengan jelas:




” Ia biarkan air dua laut mengalir, sedang kedua-duanya pula bertemu; Diantara kedua-duanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya ; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?” Surah Ar-Rahman ayat 19-21.
Ayat di atas bercerita mengenai Dua Laut yang tidak bercampur airnya iaitu melalui Selat Gibraltar dan Samudra Atlantik di Lautan Mediteranian.  Cuba lihat gambar di bawah ini:





Berdasarkan ayat di atas, maka benarlah janji Allah bahawa wujudnya dua sungai yang akan terdapat dua rasa, dua warna yang akan dipertemukan dan masing-masing tidak mempengaruhi sifat dan kejadian di antara satu dan yang satu lagi. Subhanallah!!!