Tuesday 11 August 2015

AF

Eh, tahun 2015 dah nak habis ni masih ada lagi ke yang masuk tergedik-gedik di pentas Akademi Fantasia tu?
Jadi penyanyi, artis ni mudah je kalau ada rupa dan bakat. Tapi, benda sia-sia dan tak dapat pahala kalau dah terkinja-kinja campur gaul laki pompuan camtu.
Cubalah kalau yang lelaki tu, test anak tekak tu jadi bilal ke, ada gak pekdah. Suara menjerit nak pecah halkum pun takpe, ajak orang datang solat dapat pahala besar di sisi Allah tu. Memanglah gaji bilal berapa ratus RM je pun. Nak loan kereta pun tak cukup, tapi nun hah. Syurga yang lebih luas dari seluruh bumi dan langit dapat kat hang.
Kalau yang pompuan, suara sedap eloklah simpan nak pujuk suami kelak jangan kahwin lebih dari satu ke dua ke. Ni pujuk suami guna suara paling dahsyat sekali mengalahkan halilintar, "ABANGGGGG!!! TAGUNEEEE!!" Mana tak lari suami tu? Ada suara lembut tu, duduklah rumah ajar adik-adik dengan suara merdu tu. Ajar ngaji ke, ajar matematik ke, ajar sains ke. Atau gunakan jawab sopan bila mak suruh basuh pinggan mangkuk,
"Ya, mak. Ya, saya. Saya sedia berkhidmat basuh pinggan untuk mak." (lemah gemalai)
Atau gunakan suara merdu tu masa berdoa pada Allah dengan sendu tangisnya, minta Allah jadikan diri tu lebih beriman dan sampai ke tingkat solehah. Allahumma amiiin.
Akademi Fantasia cuma fantasi sementara. Naik kejap, pastu jatuh gedebuk siapa pun tak kenal dah kau nanti. Punyalah banyak siri AF, yang orang ingat cuma Mawi.
Tarik dirilah, jangan malukan diri dan maruah keluarga. Banyak lagi cara nakcari duit dari sumber yang halal. Mekasih.
— Abg Bikai the spoileretosz.

kawan dan amal

Masa aku di universiti tahun pertama, aku duduk asrama. Biasa budak-budak tahun pertama freshie ni memang macam tu. Tu pun bertahan first sem saja. Lelaki tak suka sangat duduk asrama. Rumah sewa, rumah bujang, tu yang lagi best.

Satu benda yang aku agak tak suka masa berada di asrama ni, bila masuk waktu solatlah. Dekat sangat dengan surau hostel. Lepas tu, dia ada peraturan la pula kena turun solat tiap hari kalau tak nak dibuang asrama.

Aku bab solat ni memang liat. Aku mengakulah. Tu yang aku rasa kalau boleh nak cau cepat-cepat dari asrama masa tu. Biar boleh tidur lepas Subuh tu lama sikit. Kalau solat sendiri kan cepat sikit. Kalau solat ramai-ramai ni, aduh nak kena zikirlah apa lah lepas solat.

Aku punya pemikiran masa tu memang munafik betul. Tapi, aku tengok kawan-kawan aku yang lain pun tarik selimut, tak turun solat sama macam aku juga. Yang betul-betul sivik, skema dan kira bagus saja yang turun solat.

Masa awal-awal masuk asrama, saf memang penuh. Tapi, bila dah lama sikit, kurang dah. Mula-mula saja, peraturan itulah inilah. Hangat-hangat tahi ayam. Yang memang betul-betul konsisten sajalah yang bersolat di surau.

Walaupun aku sengal, tapi aku tak adalah tak suka orang pergi solat di surau. Bagus, aku respek mereka. Sekurang-kurangnya taklah macam aku kepala tak berapa betul.

Bila aku habis sem satu, aku dan geng keluar dari asrama, cari rumah sewa. Dapatlah yang dekat dengan universiti tu. Makan pun senang. Nak keluar melepak kedai mamak pun bebas tengok bola sampai pagi pun tak ada siapa nak mengamuk. Kalau tak, duk bertekak dengan abang jaga pintu pagar kampuslah.

Bulan pertama aku duduk rumah sewa, kawan-kawan rumah sewa ni memang sekepala. Semua tak bangun solat Subuh. Solat lain apatah lagi. Aku pun rasa macam dah bukan orang Islam pula. Masjid ada saja berdekatan dengan rumah sewa tu. Tapi, memang pergi solat Jumaat sajalah. Solat-solat fardu biasa ni, harapanlah kalau nak pergi.

Suatu hari tu, aku pergi kampus macam biasa. Ada study group pula. Alahai, kena group dengan budak-budak usrah pula. Stay up sampai late night dekat asrama. Tumpang tidur di asrama sebab mereka ni kebanyakannya ada jawatan di asrama tu.

Masuk waktu Subuh, member tu kejutkan aku. Aku dengan menguapnya, mata merahnya macam malas saja bangun. Tapi, sebab aku segan dengan mereka, aku bangunlah juga. Mereka dah siap.

"Jom."

Aku tanya ke mana?

"Masjid."

Aku cepat-cepat berwuduk, tak mandi dah. Terus pakai kain pelekat yang member tu dah sediakan. Dia ajak naik motosikal dia. Pecut ke sebuah masjid.

Aku pun sampai di masjid tu. Ada la dalam dua saf. Aku pun solat Subuh berjemaah.

Masa aku solat tu, hati aku rasa tenang. Serius dowh. Tenang sangat. Dengan bayu pagi yang damai menusuk liang-liang roma. Sejuk. Bacaan imam pun sedap. Aku tiba-tiba rasa sebak.

Kalaulah aku tahu betapa bestnya solat Subuh bersama-sama di masjid ni. Mesti dah lama aku buat. Serius. Seronok. Dua rakaat rasa tak puas. Bila habis solat, zikir pun tak lama. Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali. Aku tengok jam, memang dalam 10 minit saja pun.

Aku masa doa tu, aku rasa nak menangis. Lama sungguh aku tak datang masjid untuk solat fardu. Datang solat Jumaat pun ngam-ngam habis khutbah. Aku khilaf.

Rupanya, aku salah pilih kawan. Biarpun kawan yang sivik yang tak urban, tak hipster tu tak up-to-date sangat tu nampak menjengkelkan, tapi solat mereka terjaga. Tu lagi penting. Trendy tak penting sebenarnya. Kebebasan hidup remaja pun tak penting.

Yang lebih penting, aku dan Tuhan. Kawan memang ramai. Tapi sahabat yang membawa, memacu jalan ke siratul mustaqim, jalan lurus tu tak ramai.

Pada freedom yang aku nak, hanya ada kecelaruan hidup.

Tapi, pada Allah, pada solat berjemaah di masjid, adanya ketenangan hidup.

Dunia dan akhirat.

Aku harap, bila kau baca benda ni, kau carilah kawan yang utamakan solat.

Sampai bila nak lari dari solat berjemaah? Hidup ni tak lama. Hari ini dunia, esok akhirat. Siapa tahu.

Tulusly,
— Abg Bikai

pesanan abam bikai

Abg bikai nak pesan satu benda je hari ni.
Bila kita tengok kejayaan orang, kebahagiaan orang..ucaplah alhamdulillah sekali. Moga-moga dengan asbab hati kita suka tengok orang lain bahagia (selagi benda tu bukan benda mungkar atau maksiat), Allah akan bahagiakan kita pula suatu hari nanti.
Dia ada suami/isteri baik dan bahagia, alhamdulillah.
Dia ada rupa menarik, alhamdulillah.
Dia ada rumah, kereta mewah, alhamdulillah.
Dia dapat 4.0 exam, alhamdulillah.
Dia dapat masuk IPTA, alhamdulillah.
Dia belajar di oversea, alhamdulillah.
Dia lebih segalanya dari kita, alhamdulillah.
Dia ada segalanya dan kita tiada segalanya, alhamdulillah.
Bila kita selalu iri hati, dengki dan busuk hati pada orang, bukan saja kita tak disukai orang, rezeki pun berkurang, Allah pun tak sayang.
Doakan yang baik-baik pada orang, Allah bagi yang baik-baik pada kita.
— Abg Bikai

doa: boleh amalkan..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Doa dijauhi nafsu buruk

: ” اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الأَخْلاقِ، وَالأَهْوَاءِ، وَالأَسْوَاءِ، وَالأَدْوَاءِ “

“Allaahumma jannibniy munkaraatil akhlaaq, wal ahwaa’, wal aswaa’, wal adwaa’

(Ya Allah, hindarkanlah diriku dari berbagai macam kemungkaran akhlak, hawa-hawa nafsu, kejelekan-kejelekan dan penyakit-penyakit).”


Doa 4 perkara

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْأَرْبَعِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ

“Allaahumma inniy a’uudzubika minal arba’, min ‘ilmin laa yanfa’u wa min qalbin laa yakhsya’u wa min nafsin laa tasyba’u wa min du’aa’in laa yusma’u

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari empat hal, dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak didengar).”


Doa dijauhi fitnah dajjal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Allaahumma inniy a’udzubika min ‘adzaabil qabr, wa a’udzubika min fitnatil masiihid dajjaal, wa a’udzubika min fitnatil mahyaa wa fitnatil mamaat. Allaahumma inniy a’udzubika minal ma’tsami wal maghrami

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ‘adzab kubur, dari fitnah Al-Masiih Ad-Dajjaal dan dari fitnah hidup dan fitnah mati. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari perbuatan dosa dan lilitan hutang).”

💎
Doa dijaui sifat buruk

” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوءِ فِي دَارِ الْمُقَامَةِ “

“Allahumma inniy a’uudzubika min yaumis suu’i, wa min lailatis suu’i, wa min saa’atis suu’i, wa min shaahibis suu’i, wa min jaaris suu’i fiy daaril muqaamah

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari hari yang buruk, dari malam yang buruk, dari waktu yang buruk, dari para pelaku keburukan dan dari tetangga yang buruk pada tempat (aku) bermukim).”

💎💎💎💎💎💎💎💎
Allahumma Aamiin.. Aamiin
💎💎💎💎💎💎💎💎
¯\_(ツ)_/¯¯\_(ツ)_/¯¯\_(ツ)_/¯