Friday 30 November 2012

hukum tajwid : mad


Hukum Tajwid: Mad

Mad( مد ).
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau baris Sukun. Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif( ا ), Wau( و )dan Ya'( ي ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin.

1. Mad Tabi'i( المد الطبيعي )atau Mad Asli( المد الأصلى ).
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.

Ketika berhenti dan Sambung
Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di pertengahan kalimah seperti( مالك) (يوصيكم )atau di akhir kalimah seperti( والشمس وضحاها ).
Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.

Ketika Sambung
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil( مد الصلةالصغرى )iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ـهُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ـهِ ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah( إنه هو) (به بصيرا ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad.

Ketika Berhenti
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) seperti( عليمًا حكيمًا )dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif( حكيمًا )dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.

2. Mad Far'i( المد الفرعي )ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah( ء )atau tanda Sukun( ْ )selepas huruf Mad.

a. Mad Muttasil iaitu berangkai( المتصل )ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.

b. Mad Munfasil iaitu bercerai( المنفصل )ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ـهُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ـهِ )) juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil. Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad.

c. Mad 'Aridh( العارض للسكون )ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti:( الحمد لله رب العالمين ).
Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat:( فليعبدوا رب هذا البيت )

d. Mad Badal( البدل )ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( ا )seperti:( آمنوا )kerana asalnya( ءأمنوا ).
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( إيمانا )kerana asalnya( إئمانا ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau( و )seperti:( أوتوا )kerana asalnya( أؤتوا ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.

e. Mad Lazim( المد اللازم )iaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama).
Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.

Mad Lazim Harfi Muthaqqal( المد اللازم الحرفي المثقل )ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya. Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah( الم ).

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf( المد اللازم الحرفي المخفف ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam( الم ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair( صله سحيرا من قطعك )dan ia terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair( كم عسل نقص )kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat. Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair( حي طهر ).
Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat. Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal( المد اللازم الكلمي المثقل ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah( الضالين ), dari firman Allah s.w.t( غير المغضوب عليهم ولاالضالين ).

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf المد اللازم الكلمي المخفف . Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah( أالآن )di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.

Wednesday 28 November 2012

kakui ! (y)

‎1111111¶111111111111111111111111111111111111 
11111111¶¶¶1111111111111111111111111111111111 
111111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶111111111111111111 
1111111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111111111111 
111111111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111 
1111111111¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶1111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11 
1111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1 
1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111¶¶¶¶1 
111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶111111111¶111 
11111111¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11111111111 
1111111¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶1¶¶¶¶1111111111 
111111¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶111¶¶¶¶¶111¶¶¶¶¶¶¶¶¶111 
11111¶¶¶¶¶¶1¶¶¶¶¶¶¶¶¶11111¶¶¶1111111¶¶¶11¶¶11 
11111¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶111111¶¶¶111111111111111 
1111¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶111111¶¶¶¶¶¶¶¶11111111111 
111¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶111111¶¶¶¶¶¶1111111111111 
1¶¶¶11¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶111111111111111111111111 
111111¶¶¶¶¶1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11111111111111111111111 
111111¶¶¶¶¶1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111111111111¶1111111 
111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111111111¶111111 
111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1111111¶¶11111 
11111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶111¶¶¶¶1111 
11111¶¶¶1111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶1111 
1111¶¶111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶1111 
11¶¶111111111¶¶¶1111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶1111 
1111111111111¶¶¶1111111¶¶¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶1111 
1111111111111¶¶¶111111111¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶1111 
1111111111111¶¶111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶¶¶1111 
111111111111¶¶1111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶11¶1111 
111111111111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶11111111 
111111111111111111111111111¶¶¶¶11¶¶111¶¶11111 
111111111111111111111111111¶¶¶¶1¶¶11¶¶¶¶¶1111 
11111111111111111111111111¶¶¶¶11111¶¶¶¶¶11111 
11111111111111111111111111¶¶¶1111¶¶¶¶¶1111111 
1111111111111111111111111¶¶¶111¶¶¶¶¶¶11111111 
11111111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶¶1111111111 
1111111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶111111111111 
11111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶11111111111111 
1111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶¶111111111111111 
111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶11111111111111111 
11111111111111111¶¶¶¶¶1¶¶¶¶¶11111111111111111 
11111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶111111111111111111 
11111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶¶1111111¶1111111111 
11111111111111111¶¶¶¶¶11¶¶¶¶111111¶¶111111111 
111111111111111111¶¶¶¶¶11¶¶¶¶1111¶¶¶111111111 
1111111111111111111¶¶¶¶¶11111111¶¶¶¶111111111 
111111111111111111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶1¶¶¶¶¶¶11111111 
11111111111111111111111¶¶¶¶¶¶11¶¶¶¶¶111111111 
1111111111111111111111111¶¶¶¶1¶¶¶¶¶¶111111111 
11111111111111111111111111¶¶¶11¶¶¶¶¶111111111 
11111111111111111111111111¶¶¶11¶¶¶1¶111111111 
111111111111111111111111111¶¶1¶¶1111111111111 
11111111111111111111111111¶¶¶111¶¶11111111111 
11111111111111111111111111¶¶11¶¶¶111111111111 
111111111111111111111111¶¶¶11¶¶¶1111111111111 
1111111111111111111111¶¶¶¶11¶¶¶11111111111111 
111111111111111111111¶¶¶11¶¶¶¶111111111111111 
11111111111111111111¶¶¶11¶¶¶11111111111111111 
11111111111111111111¶¶¶1¶¶¶111111111111111111 
1111111111111111111¶¶¶11¶¶¶111111111111111111 
1111111111111111111¶¶¶¶1¶¶¶11111¶111111111111 
11111111111111111111¶¶¶¶11¶1111¶¶111111111111 
111111111111111111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶111111111111 
11111111111111111111111¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶111111111111 
1111111111111111111111111¶¶¶¶¶¶¶1111111111111 
1111111111111111111111111¶¶¶¶¶¶¶1111111111111 
1111111111111111111111111¶¶¶¶¶¶11111111111111 
1111111111111111111111111¶¶¶¶¶111111111111111 
1111111111111111111111111¶¶¶¶1111111111111111 
111111111111111111111111¶¶¶¶11111111111111111 
11111111111111111111111¶¶¶1111111111111111111 
1111111111111111111111¶¶111111111111111111111 
11111111111111111111¶¶11111111111111111111111

Tuesday 27 November 2012

Surat Cnta Mamat Fizik Kepada Aweknya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ni kkita pernah baca surat cinta yang tersangat kreatif bukan? ekeke, haa..ni pula ada surat cinta seorang mamat fizik kepada aweknya, meh baca~

Sayang,

Semenjak bertemu denganmu, energi statik benih cintamu telah mengejutkan gaya pegas jantungku, sehingga jantungku berdetik tak beraturan bagaikan gelombang bunyi gendang yang tak beraturan saat aku berada beberapa meter darimu. Refleksi cahaya cintamu telah membunuh urat mataku sehingga membiaskan bayangan wajahmu yang selalu di otakku.

Pancaran Radiasi Pesonamu membuat otakku tidak boleh berfikir rasional, sehingga elektromagnet dalam hatiku terpengaruh gelombang magnet cintamu. Sejak Saat itu, atom-atom penyusun cinta ini kian mengumpul kerana gaya lektrik statik dan energi Potensi di hatiku.

Saat jauh darimu, partikel-partikel cintaku tidak boleh diam sehingga melakukan tumbukan-tumbukan lenting sempurna dan menghasilkan energi rindu dengan rumus E = MC2, yang mana M adalah Masa waktu dimana semakin lama semakin jauh darimu maka energi rinduku semakin bertambah besar. Sedangkan C adalah Cintaku padamu yang berbanding lurus dengan Energi rinduku.

Usaha untuk memberikan gaya lorenzt-ku padamu telah kuberikan dengan FL = i B Sin ØØ. Mudah-mudahan dengan penurunan rumus cintaku padamu dapat memahami pemuaian cintaku padamu dan peningkatan massa jenis cintaku agar tekanan cinta dalam hatiku boleh setimbang setelah bereaksi dengan cahaya cintamu. Dimana bila FL adalah gaya cintaku padamu akan berbanding lurus dengan i (arus lektrik cintaku) dan B adalah besarnya medan magnet dalam hatiku dan arah sudut refleksi cinta dengan Sin.

I- intensif

L-lektrik
O-optik
V-kecepatan
E-energi

U-usaha untuk mencintaimu sepenuh hati

P/s: Haha, I love u pun penuh makna..ekeke, memang kreatif!

kisah Seorang Suami Yang Sangat Terbaik


Assalamualaikum, ini ada satu kisah yang sangat menarik untuk dikongikan bersama, kisah seorang suami yang sangat terbaik, Semua permintaan isterinya dari membeli belah, beli kereta dan beli rumah telah ditunaikan oleh suaminya. Tapi siapakah suami yang terbaik itu? Mari baca kisah ini..

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut..


“Hello?”

Abang, nie sayang nie,”

“Emmm… “

Abang masih ada di kelab lagi ke?”

“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

“Berapa harganya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”

“Berapa harga yang dia bagi?

“Cuma $280,000 …”

“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”

“Apa?”

Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. .”

“Berapa harga yang mereka minta?”

“Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . .”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too…”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?”


P/s: Hahahahaa. kesian tuan punya handphone tu..

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi


Dalam Al-quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Apabila Lif Tidak Berfungsi



Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kep…ala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita naik tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku..bla bla bla..

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….UWAAAAAA.


P/s: alahai..memang sedey yg amat

Alasan- alasan Untuk Berpisah Cara Student


Ni ada alasan-alasan yang boleh digunakan untuk clash atau berpisah dengan pasangan anda mengikut aliran pelajaran masing-masing.. Meh tengok ni.. ekekke


Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? ”

Student Fizik : “Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash”

Student Matematik : “Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita”

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi”

Student Pergigian : “Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye.”

Student Perundangan : “Talk to the hand, see you in court!”

Student Seni : “Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf”

Student Pengajian Islam : “saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya”.

P/s: Hahha, memang kreatif pelajar-pelajar ni, hanya sebagai hiburan semata-mata ok.. :p

sumber – Facebook

Rahsia di Dalam Ais



Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Kebaikan air sejuk

~Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
~Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
~Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
~Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan
~Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
~Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
~Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
~Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
~Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
~Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
~Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
~Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
~Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
~Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut

Kerana sehelai Bulu Mata :')


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua, di sini ada satu perkongsian yang amat menarik buat mereka yang merasa ingin berubah tapi masih ragu-ragu dan takut akan kesilapan lalu.



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu.”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa.”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”

Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”

Kaki pula menyusul, “Saya yg berjalan dan berlari semasa itu.”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu.” ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mataberbunyi,
“Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.” “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.” Masya-ALLAH.


p/s : Betapa besarnya kasih sayang Allah pada HambaNya yang benar-benar ingin bertaubat serta yakin bahawa Allah akan mengampuni semua dosa-dosa mereka walaupun dosa mereka seluas langit dan sedalam seluruh lautan, InsyaAllah. ^_^

Dipetik dari Facebook