Tuesday, 22 April 2014

haha, mcam aq jak tuk..

"Kamu jenis sukar percaya pada cinta. Sedar atau tidak, sebenarnya kamu akan mengambil masa yang terlalu lama untuk mencintai seseorang hingga membuat si dia lelah menunggumu lagi. Kamu memang seorang kekasih yang tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada si dia. Dalam erti kata lain, tidak romantik. Tetapi, sekali kamu dikecewakan, mustahil untuk kamu percaya pada cinta lagi. Ini kerana kamu begitu mementingkan sifat percaya dalam diri. Namun begitu, kamu bersifat perahsia dalam kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semulajadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari. Kamu merupakan seseorang yang pandai memberi harapan, bijak menggembirakan orang sekitar, sangat memahami dan sukar dimengerti. Agak pemendam, bukan pendendam. Satu yang spesifik tentang kamu adalah kamu tidak kenal erti putus asa selagi belum mendapatkan apa yang diingini."

No comments:

Post a Comment

best?... mind to comment?