konnichiwa, annyeong! name is mae~ and, first of all, thanks for "accidentally" reading my blog here, though its not that interesting. n the content might not be from me, n somehow, i dont know the sauce, if u're the one who own the copyright, kindly email me. :) ....feel free to read the content. n some of the written part can be from me, if theres any question, just email me. 😚 mae.
Tuesday, 22 April 2014
MISTERI SEGITIGA BERMUDA DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM.
Kawasan yang paling misteri di dunia yang sejak sekian lama telah menjadi tanda tanya para pengkaji baik dari sarjana barat mahupun sarjana islam dan pelbagai kejadian pelik dan misteri telah berlaku dikawasan tersebut. Semua dari kita pernah mendengar nama Segitiga Bermuda atau Bermuda Triangle.
Pelbagai peristiwa pelik dan misteri yang berlaku di kawasan SEGITIGA BERMUDA di mana sering terjadi kapal-kapal hilang baik dikawasan laut mahupun diruang udara secara misteri. Ada yang berpendapat segitiga bermuda itu adalah tempat alien dan ufo. Ada yang menyatakan kawasan itu adalah pusat magnet terbesar didunia. Ada juga yang berpendapat itu pusat bumi dan terdapat lubang hitam (black hole) yang mampu menyedut apapun yang melalui kawasan tersebut. Bermacam2 teori dan amdaian dari pelbagai pihak terutama dari Barat mengenai misteri SEGITIGA BERMUDA ini.
Saya kongsikan dengan anda semua misteri SEGITIGA BERMUDA ini dari sudut perspektif Islam pula,
Ada hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu."
Dikatakan larangan ini kerana kawasan seperti yang disabdakan oleh baginda dalam hadisnya adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan SEGITIGA BERMUDA? Alasannya kerana bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.
Dengan hadis ini maka terungkailah misteri segitiga bermuda. Peristiwa dan kejadian aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.
Ada sebuah buku yang berjudul "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda" karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahawa kawasan bermuda adalah kawasan jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal.
Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidir A.S bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Syaikh imam M. Ma'rifatullah Al-arsy berkata kalau penyelamat akhir Zaman iaitu Imam Mahdi akan keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (segitiga bermuda) dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.
Namun persoalan yang menjadi misteri sehingga kini ialah
Apakah penyebab kapal, pesawat, kapal terbang, atau apa jua yang melintasi kawasan misteri ini lenyap tanpa dapat dikesan?
Menurut Syaikh Imam M lagi, iblis dan syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan SEGITIGA BERMUDA, maka iblis dan syaitan ini pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang setiap manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan SEGITIGA BERMUDA. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai ke yempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya. Kebanyakan orang zaman dahulu yang telah mencuba ke pusat SEGITIGA BERMUDA dan kebanyakan dari mereka 'enggan' untuk kembali pulang kedunianya.
Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah mencuba memasuki ke kawasan misteri itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk didatangi. Siapa yang tidak kenal dengan Raja Iskandar Zulkarnain bukan? Yang telah menakhluk 2/3 empayar di bumi ini. Allahu'alam.
MISTERI SEGITIGA BERMUDA PART 2 : CEBISAN KISAH KEHILANGAN YANG DIREKODKAN
Dengan nama Allah SWT, saya ingin berkongsi cebisan daripada peristiwa misteri kehilangan pesawat/kapal yang melintasi kawasan ini, di bawah merupakan cebisan kisah dan peritiwa yang direkodkan misteri lenyapnya pesawat yang melalui SEGITIGA BERMUDA tanpa dapat dikesan.
Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Kapal Perang Atlanta pada 1880. Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.
Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya 'menelan' kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan. Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.
Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara.
Disember 1945, ketika waktu masih siang, penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami 'gangguan' sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS. Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.
Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.
Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus ghaib tanpa dapat dikesan. Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.
Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka. Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda.
Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa. Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan sebagai markas UFO di Bumi ini, ada juga teori menyatakan segitiga bermuda ini merupakan pusat pemerintahan Kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajjal. Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu. Wallahuallam.
Apa yg boleh ana katakan, kita berpegang pada Al-Quran (: Setiap yg terjadi di atas muka bumi ini, semuanya RAHSIA ALLAH SWT. Kita sbg hambaNya yg beriman, sebaiknya letakkan kepercayaan yg seteguhnya pada yg Mencipta alam semesta ini.
Credit to akhi Redzuan Ridz (:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
best?... mind to comment?