Tuesday, 22 April 2014

Nasihat ;)

Selingan.

Ramai di kalangan wanita tanya saya mengenai cinta selepas nikah ni. Ramai di antaranya sedang couple. Mereka tanya perlu ke putuskan hubungan? Perlukah teruskan?

Begini.

Simple saja.

1. Sekiranya anda 18 tahun ke bawah dan pasangan pun umur lebih kurang saja, maka saya cadangkan dengan dukacitanya. Sila PUTUS saja.

KECUALI, si lelaki bersungguh-sungguh cari kerja. Berusaha bincang dengan ibu ayah kedua-dua pihak. Berusaha untuk bernikah juga. Dalam masa yang sama, berusaha baiki agamanya.

Sangat rare kalau ada. Halangan sebesar dunia beb menanti kalau nak tempuh juga.

2. Sekiranya anda 18 tahun ke atas hingga 25 tahun. Pasangan anda pula lebih tua dua, tiga hingga empat tahun berbanding anda. Sila TERUSKAN saja.

Dengan SYARAT, segerakan ke arah pernikahan. Si lelaki mahupun wanita berusaha sungguh-sungguh ke arah itu dari semua sudut. Ekonomi, kerjaya, agama dan hubungan keluarga.

Kalau SYARAT tadi tak boleh dipenuhi. PUTUS saja juga.

Kenapa saya kata TERUSKAN?

Katalah kamu wanita telah menjangkau umur 25 dan ke atas, masyarakat Melayu kita terutamanya lelaki tak berapa gemar pada wanita yang lebih tua. Even mentua pun sama cerewet memilih. Nak yang muda-muda saja. Memang bongok ayat ni, tapi ini hakikat. Lelaki suka yang muda.

Dengan umur 25 ke atas, kamu nak PUTUS? Eh, nonsense. Teruskan saja biar jadi nikah. Susah wanita nak cari lelaki yang nak jadi suami sekarang. Jangan nafikan fakta, anak dara lanjut usia berlambak sudah di pasaran sekarang. Umur 30 masih duduk menanti pasangan. Adoi. Sila berusaha. Jangan hanya menanti.

Akhir kata, semua range umur di atas, perlulah letak batas di dalam hubungan. Jangan duduk keluar dating. Keluar malam. Keluar situ sini sesuka hati melepas rindu. Duduk buat maksiat lah pulak.

Tapi satu saja nasihat akhir, jika lelaki tu TAK SOLAT. Tegur pun tak jalan. Nak tak nak, you kena PUTUSKAN saja. Betul kita nakkan suami, tapi jangan desperate sampai tangkap muat semua.

Bukan pensuka kapel,
— Abang jaga

No comments:

Post a Comment

best?... mind to comment?