konnichiwa, annyeong! name is mae~ and, first of all, thanks for "accidentally" reading my blog here, though its not that interesting. n the content might not be from me, n somehow, i dont know the sauce, if u're the one who own the copyright, kindly email me. :) ....feel free to read the content. n some of the written part can be from me, if theres any question, just email me. 😚 mae.
Tuesday, 22 April 2014
ISLAM MELARANG KITA MENGHINA SESEORANG(bukan Islam)
Islam tidak pernah mengajar kita untuk menghina seseorang walaupun orang tersebut bukan Islam. Kekasih kita junjungan besar Nabi SAW walaupun disakiti, dihina dan diejek oleh orang2 kafir tetapi baginda tak pernah menghina mereka. Antara buktinya adalah kisah antara baginda dengan wanita yahudi.
KISAH RASULULLAH SAW DENGAN WANITA YAHUDI
Kita semua biasa dengar bahawa Nabi SAW diejek dan dihina oleh seorang wanita tua yahudi, setiap kali orang ramai mendekatinya, wanita tersebut akan mengejek dan menghina Nabi SAW. Tetapi baginda sendiri setiap pagi menghantar makanan malah menyuap makanan tersebut kepada wanita tersebut tanpa mempedulikan kata2 wanita tua itu yang menyakitinya.
Pada suatu hari datang sahabat baginda, Saidina Abu Bakar r.a kepada wanita tersebut dan menyuapnya tetapi wanita tersebut marah kerana dia dapat merasakan bukan orang biasa yang menyuapnya kerana selalunya makanan yang disuap oleh baginda SAW senang untuk dikunyah tetapi kali ini tidak. Abu Bakar r.a cuba untuk menenangkan wanita tua itu dengan mengatakan bahawa dia adalah orang yang biasa membawa makanan dan menyuapnya tetapi wanita tua itu menyedari bukan dia orangnya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW." Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, "benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, menfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia." Pengemis yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Subhanallah, hebat dan agungnya akhlak baginda.
Allah SWT telah berfirman:
ٍÙˆَØ¥ِÙ†َّÙƒَ Ù„َعَلى Ø®ُÙ„ُÙ‚ٍ عَظِيم Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) adalah seorang yang sangat berakhlak mulia.
Jom contohi akhlak baginda. Allahumma solli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad. Tabarakallah~
#Salam_Sayyidul_Ayyam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
best?... mind to comment?