konnichiwa, annyeong! name is mae~ and, first of all, thanks for "accidentally" reading my blog here, though its not that interesting. n the content might not be from me, n somehow, i dont know the sauce, if u're the one who own the copyright, kindly email me. :) ....feel free to read the content. n some of the written part can be from me, if theres any question, just email me. 😚 mae.
Tuesday, 22 April 2014
TAHUKAH ANDA???
1. SATAY :
Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, kerana memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen.. Apa itu karsinogen? Ianya suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun adalah anti-karsinogen.
2. UDANG + VITAMIN C :
Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana akan menyebabkan kematian kerana keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja!
3. BAH KUT TEH :
Bagi bangsa Cina pengemar makanan "Bah Kut Teh" (khinzir). Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging itu dan tunggu sekejap, anda boleh lihat ulat mengeletek-geletek keluar dari celah isi daging tersebut. Fakta ini diperolehi dari 'Health Corporation og Singapore'.
4. SHAMPOO :
Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi 'Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkam mengandungi bahan ini ialah V05, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's, Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya.., memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak ..". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih! Balik rumah dan periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat!
5. MEE SEGERA :
Kepada penggemar makanan semua jenis MEE SEGERA, pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil peket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan Salutan Wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui Seorang Aktor dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS) . Beberapa tahun lalu yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah ialah dengan mengambil mee segera setiap hari. Kemudian beliau disahkan mengidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati mengidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakkan memakan mee segera boleh diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah' Kalau istilah James Bond 'Licence to kill'!
6. BAWANG GORENG SEGERA :
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng dan melihat terdapat banyak straw minuman yang berwarna dan tidak berwarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi ..dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi di atas kesan-kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Encik Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran, Jabatan Pendaftaran,
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
best?... mind to comment?