konnichiwa, annyeong! name is mae~ and, first of all, thanks for "accidentally" reading my blog here, though its not that interesting. n the content might not be from me, n somehow, i dont know the sauce, if u're the one who own the copyright, kindly email me. :) ....feel free to read the content. n some of the written part can be from me, if theres any question, just email me. 😚 mae.
Tuesday, 22 April 2014
PURDAH. ^^
Tahukah apa yang ada di dalam hati wanita berpurdah itu? kau kata mereka solehah dan alim. kau kata mustahil perempuan berpurdah melakukan kesilapan. kau kata mereka sempurna sehingga tidak akan melakukan setitik dosa pun, kau kata mereka pasti banyak buat amal. kau kata mereka tidak patut buat salah kerana mereka sudah berpurdah.
Apakah kau sangka wanita berpurdah itu malaikat? Sehingga kau melabelkan mereka tidak mungkin melakukan kesilapan?
Apakah kau beranggapan wanita berpurdah itu Nabi yang maksum? Sehingga kau mengharapkan mereka sempurna dan tidak akan melakukan dosa?
Apakah kau kira wanita berpurdah itu wali Allah? Sehingga kau fikir mereka tidak mungkin tunduk pada nafsu dunia?
Ketahuilah sahabat, mereka berpurdah. Mereka juga manusia biasa seperti anda, mereka tidak maksum seperti Nabi Muhammad SAW. Mereka bukan malaikat yg sentiasa patuh pada Allah. Namun mereka juga bukan syaitan yang sentiasa derhaka pada Allah. Mereka MANUSIA BIASA. Yang diUJI seperti anda. Yang ada baik buruknya seperti anda. Yang menerima dugaan seperti anda. Yang menghadapi mehnah kehidupan seperti anda.
Sahabat, berhentilah mengeji wanita berpurdah yg melakukan kesilapan. Mungkin itu kesilapan pertamanya. Mungkin dari kesilapan pertama itu, mereka semakin kasih pada ALLAH. Mungkin dari kesilapan pertama itu juga, membentuk diri mereka menjadi lebih berakhlak mulia.
Apakah untungnya anda menilai perempuan berpurdah melakukan kesilapan itu ini sedangkan diri anda tiada langsung peningkatan ke arah kebaikan?
Ketahuilah sahabat, mereka berpurdah bukan untuk membanggakan pakaian mereka di depan anda semua. Mereka bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna bukan semata2 nak tunjuk alim depan anda semua.
Tetapi mereka menutup aurat ini hanyalah semata-mata untuk tunjuk pada Allah dan mereka berharap dengan pakaian itu, mereka mampu menjawab di hadapan Allah kelak, "YA ALLAH, lihatlah aku. Aku memilih untuk menutup aurat keranaMu ya Allah. Tidak aku harapkan apa-apa lagi dengan pakaian ini melainkan aku sudah turuti perintahMU dan cukuplah Engkau sebagai Pelindungku."
Allahu Akbar!
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik". (Al A'raf: ayat 26).
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..." (An Nur:31)
Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" (Sohih Bukhari)
p/s: ana bukan wanita berniqab, tetapi In Shaa Allah, ana sedang berusaha ke arah itu. ana turut berasa sedih apabila pelbagai spekulasi melanda niqabis. so please, fahamilah mereka (':
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
best?... mind to comment?